Demi Titisan Air, Kanak-Kanak Gaza Terpaksa Sedut Paip PVC

1 Dec 2023 • 4:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki di Semenanjung Gaza terdesak sehingga terpaksa ‘sedut’ batang paip PVC yang patah demi titisan air.

Hantaran video rakaman dimuat naik oleh seorang jurufoto Gaza, Wissam Nassar di platform Instagram miliknya berjaya meraih sebanyak 1 juta lebih tontonan.

Menerusi perkongsian itu, kanak-kanak lelaki Gaza itu dilihat sedang berusaha untuk ‘sedut’ paip PVC penyambung bagi mendapatkan titisan air.

image is not available

Malah, dia juga turut memegang botol yang sepatutnya diisi dengan air tadahan tersebut bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Keadaan di Gaza telah merosot dan ramai berdepan dengan masalah kekurangan air minuman bersih.
“Budak malang ini cuba menyedut air dari paip dengan harapan dapat memperoleh sedikit air untuk keluarganya,”tulis Wissam Nassar di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang terpaksa dialami oleh penduduk di Gaza terutama kanak-kanak.

Mereka menyifatkan situasi yang berlaku d Gaza adalah tidak berperikemanusiaan kerana sumber bekalan asas sukar diperoleh.

image is not availableimage is not available

image is not available

Hari ini, Israel mengumumkan untuk menyambung semula pertempuran di Gaza dengan melakukan beberapa siir serangan udara di seluruh wilayah.

Dakwanya, pejuang Palestin telah melanggar jeda operasi dan sebagai tambahan, mereka menembak ke arah wilayah Israel.

Tentera Israel berkata, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) sudah menyambung semula pertempuran menentang Hamas di Semenanjung Gaza.

Sumber: Instagram @wissamgaza