Demonstrasi Jakarta: Rakyat Malaysia hulur bantuan, pesan makanan melalui Grab, Ojek

1 Sep 2025 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri.

PUTRAJAYA – Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna bernama @larasatipusparasa mendedahkan ramai rakyat Malaysia mengambil peluang membantu Indonesia dengan membuat pesanan makanan melalui aplikasi Grab dan Ojek dalam talian (ojol).

“Rakyat Indonesia harus tahu bahawa sebondong-bondong negara tetangga kita rakyat Malaysia. Mereka membuat pesanan makanan melalui grab atau ojel di Jakarta. Terima kasih Malaysia” katanya.

Inisiatif itu dianggap sebagai sokongan moral dan bantuan kecil kepada pekerja penghantaran yang berdepan kesukaran ekoran penutupan jalan serta kesesakan luar biasa akibat protes.

Seorang lagi pengguna media sosial dari Malaysia, Sakinah Yasin, turut berkongsi pengalaman selepas mengetahui mengenai usaha tersebut.

“Tadi baca perkongsian dari Threadians yang bagitahu kita boleh order makanan untuk kawan-kawan di Indonesia.

"Alhamdulillah, sikit bagi kita, bermakna pada orang lain. Rp102.000 lebih kurang dalam RM26++ sahaja sudah boleh dapat enam pinggan nasi goreng,” katanya.

Demonstrasi di Jakarta bermula minggu lalu selepas rakyat menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan yang dikatakan membebankan, termasuk isu kenaikan kos sara hidup dan penarikan subsidi tertentu.

Walaupun suasana di jalanan tegang, fenomena sokongan rentas sempadan itu menunjukkan keprihatinan masyarakat serantau yang menggunakan teknologi e-hailing sebagai medium baharu menyalurkan bantuan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved