SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee mengkritik hukuman ringan yang dikenakan terhadap seorang lelaki yang hanya didenda RM25 kerana menceroboh dan mengintai di tandas awam wanita di sebuah pusat membeli-belah, sambil menyifatkan ia sebagai tidak memadai serta tidak mampu menghalang kesalahan serupa.
Dalam kenyataannya pada Isnin, Vivian menyifatkan insiden itu sebagai satu pelanggaran serius terhadap privasi dan norma masyarakat, dengan berkata hukuman ringan itu gagal mencerminkan trauma yang dialami mangsa.
“Tindakan ini — menceroboh tandas wanita dan menunggu di luar cubikel untuk mengintai — adalah sangat tidak bertanggungjawab dan mengejutkan. Ia menghakis rasa selamat wanita serta meninggalkan trauma berpanjangan,” katanya.
Pesalah terbabit baru-baru ini hanya dikenakan denda RM25 oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah.
Vivian berpendapat kes itu sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman lebih berat termasuk penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
“Denda RM25 terlalu ringan. Ia tidak cukup untuk menakutkan pelaku lain pada masa depan, malah menjejaskan kepercayaan awam terhadap sistem keadilan kita,” katanya.
Beliau turut merujuk kes serupa pada 2017 di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, di mana pesalah didakwa di bawah Seksyen 509, sekali gus menerima hukuman yang lebih setimpal.
“Undang-undang seharusnya menjadi benteng terakhir keselamatan awam. Apabila pelanggaran jelas terhadap maruah wanita hanya dikenakan hukuman ala kadar, ia menimbulkan persoalan serius tentang keberkesanan sistem perundangan kita,” tambah Vivian.
Beliau menggesa pihak berkuasa menilai semula kerangka undang-undang sedia ada dan memastikan pelaksanaan undang-undang mencerminkan tahap keseriusan jenayah, khususnya yang berkaitan keselamatan wanita.
“Orang ramai memerlukan sistem keadilan yang benar-benar melindungi mereka, bukan sekadar memberi hukuman simbolik,” katanya.