“Dendam rupanya!”- Babak Chacha Maembong, Jasmin Hamid ‘ganyang’ Ruhainies buat netizen puas

Entertainment
26 Apr 2024 • 11:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Dendam rupanya!”

Tular babak lakonan Jasmin Hamid dan Chacha Maembong ‘ganyang’ pelakon Ruhanies dalam sebuah drama berjudul Cukup Derita Itu selepas isu membabitkan aktres bertubuh genit ‘panas’ menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini.

image is not available

Dendam rupanya! Chacha Maembong, Jasmin Hamid ‘ganyang’ Ruhainies

Video tular yang memaparkan babak lakonan Ruhainies ditampar, diherdik dan kena ganyang itu sememangnya membuatkan ramai dalam kalangan warganet puas hati.

Ia dapat dilihat dengan jelas apabila babak dalam drama adaptasi novel ‘Cukup Derita Itu’ itu seakan menggambarkan perasaan netizen pada masa ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Menerusi video itu, dilihat Ruhanies yang memainkan watak sebagai Ellani dimarahi oleh pasangan kembarnya (Ellana) dan ibu saudara.

Tidak cukup dengan itu, Ellani telah ditampar dan dibawa ke sinki sebelum diketuk dengan periuk dan ditolak jatuh ke lantai oleh ibu saudaranya iaitu lakonan Jasmin Hamid.

“Saya dan netizen meluangkan masa bersama Ruhainies,”tulis ringkas pengguna TikTok pada hantaran tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Puas hati tengok!

Video berdurasi satu minit dua puluh tujuh saat itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Rata-rata warganet gembira melihat babak tersebut kerana ia dilihat seakan menyampaikan perasaan mereka pada ketika ini kerana menyampah dan sakit hati apabila Ruhainies (alam realiti) tergamak ‘sondol’ suami kepada penyanyi, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Terima kasih wakilkan

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableSumber: TikTok @haz13q

View Original Article