Dendeng & Sambal Nyet Khairul Aming Dapat Sijil Halal JAKIM

LocalFood
20 Nov 2024 • 5:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dendeng & Sambal Nyet Khairul Aming Dapat Sijil Halal JAKIM

Pempengaruh dan pengusaha kilang sambal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming mengumumkan produk miliknya kini mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menerusi muat naik video penerimaan sijil halal di TikTok, Khairul Aming mengesahkan kedua jenis produk keluarannya, Dendeng dan Sambal Nyet kini sudah disahkan halal.

“Alhamdulillah Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM. Bermula dengan kilang dari zero, kita bina sedikit demi sedikit sehingga dapat pengiktirafan.

“Setakat ini, kita dah dapat sijil MESTI dan HALAL, doakan kita boleh mohon HACCP juga untuk kilang dekat Kelantan,” ucapnya.

Menurutnya lagi, kilang miliknya itu diiktiraf selamat, bersih dan juga halal apabila menerima kedua-dua pengiktirafan tersebut.

“Sebelum ini kita bermula dengan satu kilang di Kota Bharu daripada kosong. Dari situ kita develop sedikit demi sedikit kita bina kilang tu. Lepas itu, kita ada dua buah kilang dengan 100 orang pekerja,” ujarnya.

Khairul Aming turut mengumumkan pengiktirafan halal ini merupakan permulaan langkah baru perniagaannya bagi meluaskan pemasaran produk ke pasaran yang lebih besar. Melalui pengumuman tersebut juga, Khairul Aming memberi bayangan awal pengeluaran produk ketiga yang dijadualkan pada tahun hadapan.

“Harapnya boleh kita kembangkan ke industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu, Kelantan.

“Sekarang kita tengok fokus untuk hasilkan produk ketiga yang insya-Allah akan keluar tahun depan dan lagi sebulan kita akan masuk tahun kelima perniagaan kita ini. Jadi terima kasih semua atas sokongan,” tambahnya lagi.

@khairulaming

Alhamdulillah Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM. Bermula dengan kilang dari zero, kita bina sedikit demi sedikit sehingga dapat pengiktirafan. So far kita dah dapat sijil MESTI dan HALAL, doakan kita boleh apply untuk HACCP juga untuk kilang kat Kelantan

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming