Dengan Bajet RM 200, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Kota Kinabalu

2 Nov 2023 • 5:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sambil Melihat Pemandangan Laut Sabah Yang Membiru. Syoknya!

Dengan Bajet RM 200, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Kota Kinabalu. Kebiasaannya, hanya golongan elit sahaja yang mampu menaiki bot mewah sambil belayar mengelilingi laut yang biru dan menenangkan fikiran.

Namun demikian, tahukah anda bahawa kita sebagai rakyat marhaen biasa juga mampu untuk merasai nikmat belayar menggunakan bot mewah? Paling best, anda hanya perlu menyediakan bajet RM200 sahaja untuk menaiki bot mewah ini. Macam tak percaya kan?

Terletak di Kota Kinabalu, Sabah, perkhidmatan bot mewah ini juga dipanggil sebagai catamaran merupakan perkhidmatan bot mewah double decker yang pertama di Kota Kinabalu. Parti bot mewah anda juga mempunyai slaid bot yang membolehkan anda meluncur ke dalam air terus dari atas bot mewah anda. Cool!

image is not available
Kredit gambar: TYHBorneoTours

Telusuri Keindahan Kota Kinabalu Selama 2 Jam, Lengkap dengan Aktiviti Air dan Hi-Tea. OMG!

Percutian santai anda ke Sabah pasti lebih bermakna kerana anda bakal merasai keseronokan menelusuri kawasan sekitar Kota Kinabalu selama 2 jam 30 minit. Bukan itu sahaja, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lain di tengah lautan. Siap boleh hi-tea! Jika anda inginkan kulit yang sawo matang pula, anda juga boleh berjemur di bawah cahaya matahari dengan hanya berbaring di atas hammock yang disediakan.

image is not available
Kredit gambar: TYHBorneoTours

image is not available
Kredit gambar: TYHBorneoTours

image is not available
Kredit gambar: TYHBorneoTours

image is not available
Kredit gambar: TYHBorneoTours

Untuk pengetahuan anda, pakej gempak bot mewah ini dilengkapkan dengan kemudahan seperti berikut;

  • Set Hi-tea
  • Mandian air segar
  • Air minuman
  • Parti muzik
  • Aktiviti di atas bot

Harga Cruise RM 200 Sahaja. Murahnya!

Senarai harga adalah seperti berikut ;

  • Dewasa : RM 200
  • Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) : RM 130
  • Bayi (bawah 3 tahun) : PERCUMA

Inilah peluang terbaik anda untuk membawa keluarga atau rakan-rakan untuk menjelajah laut Sabah yang indah. Bukan guna bot biasa, naik bot mewah wei!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi syarikat perkhidmatan servis bot mewah tersebut atau menghubungi mereka di talian yang tertera.

Party Boat

TYH Borneo Tours & Travel Sdn. Bhd.
Alamat : Lot No. 113, 1st Floor, Wisma Sabah, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak naik bot mewah dengan pakej tak masuk akal macam ni kan?

Baca sini:

https://www.iloveborneo.my/bilik-hotel-selesa-bawah-rm150-kota-kinabalu/

https://www.iloveborneo.my/taman-negara-yang-anda-perlu-lawat-di-sabah/

View Original Article