“Dengan Jadi Model, Panjat Kinabalu..” – Raih RM1 Juta Jadi Model PrimaValet, Syed Saddiq Sumbang Kepada Rakyat Muar

LocalPolitics
13 Feb 2025 • 1:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laman Instagram Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, dia meluahkan rasa syukur kerana berjaya meraih RM1 juta hasil kerjasama bersama jenama fesyen terkenal, PrimaValet.

Hasil jadi model, Syed Saddiq sumbang RM1 juta

Kongsi Syed Saddiq, hasil RM1 juta itu tidak diberi dengan wang, sebaliknya disalurkan dengan menyumbang pakaian dan barangan keperluan harian buat penduduk di Muar.

3,456 baju Melayu dan baju kurung untuk kanak-kanak, 1,625 baju Melayu dan baju kurung untuk orang tua, 500 telekung Nur Aisyah, 500 jubah Ustaz Azhar Idrus dan 800 bakul makanan besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Katanya lagi, pemberian bantuan itu dilaksanakan selepas gigih berkerjasama menjadi model PrimaValet bersama-sama selebriti, Bella Astillah.

‘Dengan jadi model, photoshoot, panjat gunung Kinabalu..’

Malah, Syed Saddiq turut berasa syukur kerana dapat menyalurkan bantuan kepada penduduk Muar, sekaligus meringankan bebanan mereka.

Ha macam mana boleh dapat semua ini? Bukan dengan bercuti tapi dengan jadi model, buat photoshoot, panjat gunung Kinabalu. Saya akan lakukan apa sahaja untuk manfaat warga Muar.

Sekadar info, sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menegur Syed Saddiq agar tidak melupakan rakyat Muar hanya kerana dia sering bersama-sama Bella Astillah mempromosikan jenama PrimaValet.

image is not available 1 week ago

"Melepak Dengan Artis Tak Ada Masalah Tapi Kita Dibayar Gaji Tinggi Untuk Bantu Rakyat" - MP Bukit Bendera Tegur Syed Saddiq