Dengan Tampilan Artis Popular, Stylo Fest Bakal Diadakan Di Kuching Bulan Februari Ini

9 Feb 2024 • 7:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Festival ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2024 di Penview Convention Centre (PCC) Demak

Dengan Tampilan Artis Popular, Stylo Fest Bakal Diadakan Di Kuching Bulan Februari Ini. Stylo Fest, sebuah festival yang menampilkan pelbagai artis popular, akan berlangsung di Kuching pada hujung bulan ini.

Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik untuk pengunjung. Anda boleh menyaksikan konsert Stylo Star yang menampilkan artis-artis kegemaran anda dan juga beramah mesra bersama mereka.

Antara artis-artis yang dijemput adalah Noraniza Idris, Didie Alias, Adira, Puteri Sarah, Fikry Ibrahim, Naqiu, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Di sini anda juga boleh menyertai senaman zumba bersama artis, menguji bakat nyanyian anda dalam pertandingan karaoke, menikmati makanan viral dan banyak lagi!

Tidak hanya itu, dalam acara ini juga anda boleh ikut serta cabutan bertuah yang berpeluang memenangi RM10,000.

Festival ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2024 di Penview Convention Centre (PCC) Demak dari jam 10 pagi hingga 12 malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Nak tahu event apa lagi yang best kat Kuching sepanjang bulan ini:

https://www.iloveborneo.my/senarai-acara-menarik-februari-2024-kuching

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved