Denny, Leno dan Rafi simbol keberanian Tamparuli

4 Oct 2026 • 10:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Denny, Leno dan Rafi simbol keberanian Tamparuli

TAMPARULI – Denny Affendy, Leno dan Rafi menjadi simbol keberanian remaja untuk berbakti kepada masyarakat apabila bertindak berani menyelamatkan dua pelancong wanita daripada hanyut di Sungai Tamparuli di sini Khamis lalu.

Keberanian mereka mendapat perhatian ramai pihak termasuk pemimpin setempat.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berbesar hati menyantuni serta meraikan remaja terbabit pada majlis ringkas sebagai tanda penghargaan terhadap semangat keberanian yang ditunjukkan.

“Mereka tampil membantu ketika orang lain berada dalam bahaya. Mereka bukan sekadar membantu menyelamatkan sebuah kereta, tindakan pantas mereka juga membantu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Madius yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli menganjurkan jamuan sederhana kepada remaja terbabit sebagai tanda penghargaan serta kebanggaan terhadap mereka.

Tiga remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali dengan nama Denny Affendy, Leno dan Rafi tidak hanya berdiri melihat kejadian, sebaliknya sanggup menggadai nyawa terjun sungai untuk menyelamatkan dua pelancong wanita terbabit.

Dalam kejadian Khamis lalu, kereta Perodua Bezza dinaiki dua wanita terbabit dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu dalam keadaan hujan lebat.

Difahamkan, pemandu yang tidak mahir dengan laluan berkenaan hanya bergantung sepenuhnya kepada aplikasi Waze dan secara tidak sengaja melalui jambatan low level crossing Tamparuli yang ditenggelami banjir.

Jambatan itu baru saja dibuka semula kepada pengguna jalan raya semalam selepas ditutup selama sembilan bulan bagi kerja pembaikan struktur akibat tanah mendap.

The post Denny, Leno dan Rafi simbol keberanian Tamparuli appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved