Denza D9 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Selamat Dengan Teknologi Keselamatan 'God's Eye'

TechnologyStartup
31 Dec 2024 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Model terbaru Denza D9 2025 telah diperkenalkan secara rasmi di China dalam lima pilihan varian hibrid plug-in (PHEV) dan tiga varian elektrik sepenuhnya (EV). Harga bermula dari RMB 339,800 hingga RMB 469,800 (sekitar RM208,000 hingga RM288,000).

Penambahbaikan Terbesar: Sistem Bantuan Pemandu 'God’s Eye'

image is not availableimage is not available

Denza D9 2025 menampilkan teknologi sistem bantuan pemandu “God’s Eye” BAS 3.0+ yang canggih. Sistem ini menggunakan lidar di bahagian bumbung dan 32 sensor untuk menawarkan fungsi seperti navigasi bandar dan lebuh raya, pengenalan lorong, brek kecemasan automatik hingga 120 km/j dan banyak lagi.

Rekaan Sama, Tetapi Dengan Perincian Baharu

Walaupun mengekalkan rekaan luar yang serupa dengan keluaran 2024, model ini kini menggunakan rim aloi aluminium multi-spoke 18 inci baharu, sistem kawalan peredam berterusan DiSus-C, serta teknologi kawalan keselesaan pintar (iCCT). Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda pintar.

Praktikal Untuk Kegunaan Keluarga

Denza D9 mempunyai dimensi 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar dan 1,900 mm tinggi, dengan jarak roda 3,110 mm. Ia mampu memuatkan tujuh dewasa dengan ketinggian maksimum 1.8 meter. Di ruang kargo, model ini boleh diisi dengan tujuh beg carry-on.

Spesifikasi Enjin dan Prestasi

Varian PHEV menggunakan enjin 1.5T dengan peningkatan kuasa kepada 154 hp, iaitu 17 hp lebih tinggi berbanding sebelum ini. Varian pacuan roda hadapan (FWD) menghasilkan 200 kW (268 hp), manakala varian pacuan semua roda (AWD) dilengkapi motor tambahan 45 kW (60 hp) di belakang. Bateri Blade LFP 39.9 kWj membolehkan jarak pemanduan elektrik sehingga 200 km dan jarak gabungan sehingga 1,100 km. Kelajuan maksimum adalah 190 km/j.

Untuk model EV, ia menggunakan platform seni bina 800V yang menyokong pengecasan pantas 0-80% dalam masa tujuh minit. Bateri Blade LFP 103 kWj menawarkan jarak pemanduan sehingga 620 km bergantung kepada varian.

Kabin Dengan Sentuhan Mewah Dan Sarat Teknologi

image is not available

Bahagian dalam Denza D9 2025 dilengkapi skrin hiburan untuk penumpang hadapan, peti sejuk 7.5 liter dengan fungsi pemanasan dan penyejukan, tempat duduk barisan kedua dengan ciri graviti sifar, serta tempat duduk barisan ketiga boleh laras.

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Model terbaru ini turut didatangkan dengan sistem interaksi pintar 10 skrin meliputi skrin kawalan utama, instrumen LCD, papar pandu (HUD), skrin tempat duduk belakang, skrin perehat tangan barisan kedua, cermin pandangan belakang digital dan skrin sesentuh peti sejuk.

Denza D9 Di Pasaran

image is not availableimage is not available

Denza D9 telah pun dilancarkan di Thailand dan Singapura, dan Malaysia pula dijangka akan menerima kehadiran model ini pada suku pertama tahun 2025 ini. Seperti pasaran di negara jiran, Malaysia juga berkemungkinan besar akan menerima versi keluaran 2024 dalam pilihan trenkuasa EV terlebih dahulu sebelum diikuti oleh varian PHEV.

Penganalisis menjangkakan tahun 2025 menyaksikan bakal peningkatan penggunaan kenderaan hibrid memandangkan pengeluar mencari jalan untuk mengimbangi penurunan jualan EV serta menangani isu tarif EV yang tinggi di pasaran Eropah.

Sumber: CarNewsChina

View Original Article