Deposit logam litium yang dipercayai adalah yang terbesar dunia ditemukan di dalam sebuah gunung berapa kuno di Nevada berhampiran sempadan Oregon. Logam litium ini terkurung di dalam lapisan lumpur yang dipercayai dibentuk 16 juta tahun yang lalu selepas gunung berapa ini meledak menghasilkan sebuah kaldera.

Kaldera ini kemudiannya menjadi tasik sebelum ia mengering dalam masa beberapa ratus ribu tahun. Litium ini kemudiannya mendak ke dalam lapisan tangan liat yang kini boleh di lombong. Penyelidik yang menemukan deposit ini percaya terdapat di antara 20-40 juta tan litium di kawasan bekas gunung berapa ini dan ia adalah lebih besar berbanding deposit pada dataran garam di Bolivia yang memegang rekod sebagai deposit terbesar sebelum ini.
Penemuan ini akan mengurang kerisauan Amerika Syarikat untuk mengakses sumber yang amat penting untuk menghasilkan bateri bagi keperluan kenderaan elektrik serta peranti elektronik. Pada ketika ini Australia memegang 47% pengeluaran litium dunia diikuti Chile (30%) dan China (12%).
- Sumber
- CleanTechnica



