Deqnor Feminin kini bergelar isteri Abang Lokman, temu jodoh dengan cucu Gabenor Pertama Sarawak

LocalFamily & Parenting
23 May 2025 • 11:46 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEPADA peminat kumpulan pop wanita, Feminin pada era 90-an pasti akan mengingati figura cantik salah seorang anggotanya, Deqnor.

Pemilik nama Noor Intan Zanariah Zaharin, 47, itu baru-baru ini selamat melangsungkan persandingan bersama suami tercinta, Abang Lokman Abang Abdul Rahim.

image is not available

Majlis berkenaan turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan bapa saudara Abang Lokman.

Memetik media tempatan, pasangan berkenaan terdahulu diijab kabul pada Ogos 2024.

image is not available

Deqnor menerusi laman sosial Instagram terdahulu merakamkan terima kasih kepada tetamu yang memeriahkan majlis.

Menerusi hantaran yang sama, Deqnor turut memuat naik video yang telah disunting anak lelakinya, Imran Yusuf memaparkan momen bermakna pada hari bahagia beliau dan Abang Lokman.

image is not available
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menepung tawar pengantin (Kredit foto: TV Sarawak)

"Setelah sekian lama menunggu akhirnya berjaya siap. Terima kasih kepada editor video ini iaitu anak lelaki saya yang membuatkan hidup bonda bertambah ceria.

"Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI. All ini one, tunang, nikah dan majlis side Deqnor untuk anda semua terima kasih atas doa. Moga berbalik kepada anda jua.

image is not available

"Deqnor dan ucapkan terima kasih banyak kepada famili dan rakan yang sudi memeriahkan majlis, Alhamdulillah," titipnya.

Memetik Nona, suami Deqnor, Abang Lokman ialah cucu kepada Gabenor Pertama Sarawak, Tun Abang Openg Abang Sapiee.

image is not available

Difahamkan, Deqnor memiliki tiga cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu. Kesemua dua anak lelaki dan seorang anak perempuan itu kini sedang menginjak dewasa.

Tahniah diucapkan kepada Deqnor dan Abang Lokman, moga perkahwinan diberi nikmat kebahagiaan sehingga ke syurga, aamin.

Sumber dan diolah daripada: Nona, Instagram, YouTube


Luahan itu dilontarkan oleh pemilik restoran Kueh kepada SinarPlus dan rakan media yang lain ketika memenuhi jemputan rumah terbuka Kueh baru-baru ini bertempat di cawangan terbaharu kafe berkenaan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.



Nak tahu apa pula reaksi sang primadona, jom tonton video ini



#errafazira #mre #selebriti #sinarplus



#lifestylesinarharian" />

View Original Article