Derita Komplikasi Penyakit Kronik, PM Beri Sumbangan Buat Ebby Yus

9 May 2024 • 3:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Muhammad Yunus Abdul Rashid atau mesra disapa Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya, semalam.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Ebby yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik, sekali gus menghadkan penglibatannya dalam dunia seni.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” tulis Anwar menerusi hantaran itu hari ini.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Terdahulu, Ebby dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung memandangkan keupayaan organnya pada ketika itu hanya tinggal 26 peratus.

Malah injap pada bahagian penting itu juga bocor menyebabkan jantung bertambah lemah.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

Susulan daripada itu, dia mengalami beberapa kesan selepas pembedahan antaranya kesukaran untuk tidur kerana kurang selesa dengan tubuhnya.

Disebabkan kesukaran dalam melakukan pergerakan, pelakon berusia 59 tahun itu akui dirinya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan selepas menjalani pembedahan termasuklah lakonan dalam industri seni.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim