Deruan Adrenalin: Guna Papan Selaju Atas Jalan, Polis Giat Buru Pelaku

LocalPolitics
9 Sep 2024 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki sanggup membahayakan nyawa sendiri apabila dia dirakam menggunakan papan selaju untuk menurun di sebuah kawasan berbukit di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Klip video menunjukkan lelaki berkenaan mengenakan kostum berwarna putih dan turut memakai topi keledar berwarna putih.

Lelaki berkenaan turut melakukan beberapa aksi seperti berbaring di atas papan selaju dan turut mendepakan kedua-dua tangannya.

image is not available

Punca dia melakukan aksi itu masih belum diketahui namun Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengesan individu terbabit.

“Aksi individu yang menggunakan papan luncur itu boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Kaedah-kaedah kawalan Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikroboliti) 2021,” katanya.