Desain pelik paling laku keras, ini pilihan sampul duit raya rare yang ramai orang cari

Design
11 Apr 2023 • 10:13 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
sampul duit raya

BUKAN setakat persiapan baju, kuih dan kelengkapan rumah, sampul duit raya pun wajib ada dalam list sempena Syawal nanti.

Bagi kebanyakan orang, sampul duit raya dengan desain rare memang menjadi pilihan.

Apatah lagi, banyak opsyen sekarang ini.

Kat online sama ada melalui Shopee dan Lazada memang berlambak.

Pengguna TikTok, Mastura Ibrahim berkongsikan idea sampul duit raya dengan pelbagai reka bentuk menarik.

Tidak seperti gambar kartun comel atau komik raya biasa, kali ini desain yang ditawarkan memang up to date.

image is not available

Antara seleksi unik yang menjadi tumpuan ramai seperti sampul duit raya ubat.

Sekali pandang, memang serupa dengan pembungkus ubat tablet yang kita dapat dari klinik atau hospital.

Cuma yang bezakannya adalah tulisan yang catchy.

image is not available

Tidak hanya itu, terdapat dalam bentuk roadtax, bil elektrik, Instagram, TikTok dan screenshot WhatsApp.

Memang kreatif! Barulah meriah raya nanti dengan sampul duit raya viral.

Budak-budak pun seronok bila dapat duit raya dengan sampul sedemikian, kan?

image is not available

Seorang lagi pengguna TikTok, Alyne Rusli pula memperkenalkan sampul versi jenama makanan ringan terkemuka.

Paling mengujakan, sampul dengan signatur M untuk persis McDonalds. Merah menyala warnanya dan memang smart desain tersebut.

image is not available

image is not available

Buat peminat Super Ring, sampul Super Raya memang comel selain Mamee Monster dan Mister Potato.

Memang kreatif para peniaga yang berjualan item unik sepanjang Ramadan.

Sebenarnya banyak lagi pilihan sampul duit raya viral 2023 yang ditawarkan dan kalian boleh usha di semua platform.

image is not available

Jadi apa tunggu lagi? Cepatlah order sementara stok masih ada dan abang posmen sedia hantar sebelum raya.

image is not available

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.