‘Desakan letak jawatan bukan tanda gagal, tapi panggilan untuk buat lebih baik’ – Fadhlina

LocalPolitics
23 Oct 2025 • 8:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available
Fadhlina Sidek senyum sambil meletakkan tangan di dada, menggambarkan keyakinan dan keteguhan menghadapi desakan letak jawatan.

image is not available

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan beliau tidak melihat desakan agar meletakkan jawatan sebagai tanda kegagalan, sebaliknya sebagai satu isyarat untuk memperkukuh dan menambah baik sistem pendidikan negara.

“Saya tidak anggap ‘call to resignation’ itu tanda kita gagal. Ia sebenarnya panggilan supaya kita buat lebih baik. Jadi kita kena sokong dan ambil itu secara positif,” katanya memetik laporan Harian Metro, 23 Oktober.

Fadhlina menjelaskan, setiap kritikan perlu diterima dengan hati terbuka kerana ia membantu kementerian mengenal pasti kelemahan yang masih perlu diperbaiki.

“Bila kita pilih untuk jadi ahli politik, kita kena bersedia hadap semua. Dua tahun saya di sini, apa yang saya belum hadap?

“Jadi saya hadap sahaja, saya teruskan sebab bukan saya tidak buat kerja,” ujarnya.

Baca juga:

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk isu buli dan keselamatan sekolah, beliau kekal fokus terhadap usaha memperkukuh sistem pendidikan dan kebajikan pelajar.

Beliau turut berkongsi nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus sabar dan tabah, mengingatkan bahawa setiap pemimpin akan melalui fasa ujian dalam menunaikan tanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved