Desas-desus rombakan Kabinet: “saya fikir dahulu” - Anwar

Politics
27 Sep 2023 • 8:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet.

“Saya fikir dahulu,” katanya ringkas kepada pemberita bagi menjawab desas-desus kemungkinan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal digugurkan dan dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 7 Okt ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved