
Berminat untuk menjamu selera di hotel mewah dengan sajian yang memikat? Tidak perlu pergi jauh, banyak sebenarnya restoran Kuala Lumpur dan Selangor sudah cukup memadai dengan beberapa destinasi terkenal yang menawarkan berbagai pilihan hotel mewah.
Di sini, anda akan menemukan bukan hanya penginapan mewah tetapi juga pengalaman gastronomi yang menakjubkan. Mulai dari hidangan tradisional Melayu yang kaya dengan rempah ratus, hingga hidangan antarabangsa yang halal, setiap satu menawarkan sesuatu yang istimewa bagi setiap penggemar kulinari.
Andai ada keraian atau sambutan hari jadi, restoran Kuala Lumpur dan Petaling Jaya di hotel ini antara destinasi popular yang harus anda kunjungi. Mahu buat majlis makan malam bersama keluarga tersayang? Tempah sahaja di salah satu hotel terbaik ini! Bukan setakat dapat menikmati bufet hidangan yang enak, tetapi juga keselesaan mewah yang terjamin.
Lebih menarik apabila setiap restoran Kuala Lumpur dan Petaling Jaya di hotel ini memiliki hidangan istimewa dan tarikan keunikan tersendiri dalam setiap hidangan. Ada yang menggunakan bahan tempatan dan ada juga yang menggunakan bahan import, setiap satunya menawarkan rasa kombinasi yang tersendiri. Ikut saja mana yang kena dengan selera anda, tapi yang pasti senarai di bawah ini dijamin mampu memberikan pengalaman dine-in yang luar biasa buat anda yang inginkan pengalaman gastronomi di hotel terkemuka.
Baru-baru ini, kami berpeluang berkunjung ke beberapa restoran di hotel yang terkemuka dan mewah. Antaranya Gordon Ramsay Bar & Grill Restaurant dan DoubleTree by Hilton, yang ternyata kedua-duanya menjadi kegemaran personal kami! Tapi jangan lupa semak senarai di bawah, banyak juga sebenarnya pilihan restoran terbaik di hotel-hotel mewah ini! Agaknya restoran Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang mana menjadi pilihan anda?
Tanpa berlengah lagi, di sini kami senaraikan restoran di hotel mewah ini. Jom tempah sekarang dan selamat menjamu selera!
(Foto: Instagram/ @goodnews.pizza)
Restoran Kuala Lumpur dan Selangor di hotel mewah yang patut cuba
Berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera di Gordon Ramsay Bar & Grill Restaurant di Sunway Resort Hotel, kami cukup kagum dengan pengalaman kuliner yang ditonjolkan, menggabungkan sentuhan moden dan elegan. Terkenal dengan fokusnya pada hidangan daging premium dan hidangan laut segar, restoran ini menawarkan pengalaman dine-in cukup mengagumkan di tengah bandar Subang Jaya.
Dari seleksi steak yang dipilih secara teliti hingga hidangan laut yang segar dan diproses dengan cermat, setiap hidangan menjanjikan cita rasa yang memuaskan. Namun, jangan lupa untuk memesan hidangan wajib mereka iaitu Classic Beef Wellington, hidangan yang terdiri dari filet mignon dan dibungkus dengan adonan puff pastry lembut – memerlukan proses memasak yang teliti untuk memastikan daging tetap lembut dan lapisan pastri dibakar sempurna.
Selain itu, hidangan Arnold Bennett Twice-baked Soufflé yang disajikan oleh restoran ini turut menjadi pilihan kami bagi mereka yang inginkan sesuatu yang unik. Menggabungkan kehalusan dan cita rasa yang khas, soufflé ini terkenal dengan kelembutan dalam setiap suapan.
Servis di restoran ini juga cukup profesional dan ramah, memberikan pengalaman makan yang tidak hanya lazat tetapi juga berkelas. Pengunjung dapat menikmati suasana yang santai tetapi mewah, dengan layanan tip-top! Jadi tunggu apa lagi, ayuh singgah ke restoran Gordon Ramsay Bar & Grill yang terletak di Sunway Resort Hotel.
Jenama DoubleTree by Hilton semestinya sudah cukup dikenali oleh masyarakat awam dengan tawaran penginapan 5 bintang! Namun, tahukah anda bahawa baru-baru ini mereka telah mengadakan kempen unik berjudul Signatures Across the State: A Makan Kitchen Showcase dari 1 hingga 31 Julai.
Menarik jua, setiap cawangan DoubleTree by Hilton di Malaysia akan menampilkan chef dari Makan Kitchen yang mengkhususkan diri dalam menu warisan Jawa hingga masakan Peranakan Nyonya. Dari kota sibuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang hingga ke kampung-kampung yang tenang di Perak, setiap hidangan bakal menceritakan kisah menarik berkaitan warisan budaya dan tradisi menu makanan Malaysia.
Berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman buffet menarik ini, kami singgah ke cawangan Doubletree by Hilton di Shah Alam. Antara hidangan istimewa yang kami sarankan untuk anda cuba adalah Ayam Goreng Bawang Wangi, Ikan Bawal Kari Mamak Singapore, Daging Masak Hitam, Telur Sotong Majidee, Lamb Shank Biryani Batu Pahat dan Kacang Pol Haji.
Setiap hidangan dipilih dengan teliti untuk menghadirkan rasa autentik dari Johor, menawarkan pengalaman yang tidak hanya mengenyangkan tetapi juga memperkaya cita rasa tradisional.
Untuk info, buffet ini disajikan dari Jumaat hingga Sabtu, dari jam 6:00 petang hingga 10:30 malam, dengan harga RM158 untuk dewasa termasuk ‘Welcome Drinks’, dan RM79 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.
The Chow Kit Kitchen & Bar memperkenalkan menu berkonsepkan ketam bagi meraikan hidangan penuh rasa menggunakan bahan berkualiti seperti ketam nipah segar. Bagi santapan pembuka selera, Mango Pai Tee, Curry Croquette, Wok-Hei Fried Rice dan Spicy Linguine yang dimesrakan dengan taburan isi ketam disediakan. Bagi hidangan utama pula, Chili dan Curry Crabs yang hadir bersama roti man tao serta roti hainan mampu menjadikan pengalaman gastronomi anda lebih sempurna. Harga RM25++/100 gm bagi setiap seekor ketam. Sekiranya anda ingin menikmati hidangan ketam yang luar biasa, di sinilah lokasi yang tepat!
Terletak di tengah Kuala Lumpur, The Ritz-Carlton mengimbau dengan tradisi British pada setiap hari Ahad —suatu hidangan mewah yang dinamakan Sunday Roast. Melangkah ke The Library, tetamu dibawa ke alam cukup bersotifiskasi dan keterujaan untuk menjamu hidangan berkonsepkan bufet, di mana tradisi bertemu dengan kemewahan moden.
Centerpiece daripada kulinari ekstravaganza ini ialah signature roasts yang dipersembahkan dengan elegan di atas troli, setiap satu menawarkan pilihan lazat yang menjanjikan kepuasan. Sama ada anda lebih suka potongan daging lembu yang lembut, ayam panggang berjus atau kambing panggang yang enak, Sunday Roast di The Ritz-Carlton menjaminkan satu sesi bufet yang memberikan pengalaman diraja.
Melengkapkan hidangan panggang yang lazat ini ialah pelbagai makanan pembuka selera dan salad, yang disaji dengan bahan-bahan segar untuk menaikkan selera. Daripada salad yang meriah kepada roti artisanal dan variasi spreads, setiap perincian disusun dengan teliti untuk meningkatkan pengalaman gastronomi hebat.
Sambil anda menjamu selera, selami melodi muzik secara langsung yang menenangkan, menambahkan latar belakang yang harmoni pada petang anda. Sama ada tiupan gitar yang lembut atau nota yang penuh perasaan daripada pemain piano, suasana di The Ritz-Carlton memastikan pengalaman makan yang santai dan tidak dapat dilupakan.
Tidak hanya hidangan panggang yang pasti menjadi buruan, tetapi juga ada hidangan makanan laut yang termasuklah tiram segar, udang kara dan kepah. Pastinya menjadi satu spot yang berulang kali untuk menambah.
Sunday Roast di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, lebih daripada sekadar hidangan—ia adalah perayaan tradisi, keanggunan dan seni santapan mewah. Ia juga boleh dianggap sebagai satu pengalaman menikmati setiap detik dan mencipta kenangan yang berharga bersama keluarga dan rakan. Sama ada anda meraikan majlis istimewa atau sekadar menikmati petang Ahad yang santai, The Library menawarkan pengalaman yang tiada tandingannya dan sangat mengalu-alukan. Harganya adalah RM158++ untuk setiap seorang dan waktunya adalah daripada pukul 12 tengah hari ke 3 petang pada setiap hari Ahad.
