Destini dapat kontrak RM4.4 juta daripada CRRC bagi kerja MRO komponen kereta api

LocalBusiness & Finance
20 Apr 2026 • 6:13 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Destini dapat kontrak RM4.4 juta daripada CRRC bagi kerja MRO komponen kereta api image is not available liza20/04/2026 - 18:13 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 April – Destini Bhd memperoleh kontrak penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bernilai RM4.4 juta melalui anak syarikat tidak langsungnya, Trovon Malaysia Sdn Bhd.

 

Kontrak tersebut dianugerahkan oleh CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu sebuah entiti milik kumpulan rel dari China, CRRC Group, yang mengendalikan operasi pemasangan tren di Batu Gajah, Perak.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Destini Bhd berkata kontrak itu melibatkan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Tahap 3 bagi komponen motor tarikan serta penjana kuasa bagi 13 set kereta api diesel pelbagai unit (DMU).

 

Menurut syarikat itu, tempoh pelaksanaan kontrak berkenaan adalah selama 34 bulan bermula 14 April 2026 hingga 13 Februari 2029.

 

Destini berkata pelaksanaan projek tersebut akan memperkukuh keupayaan kumpulan dalam menyediakan perkhidmatan MRO di peringkat komponen secara tempatan.

 

“Langkah itu dapat membantu meningkatkan kebolehpercayaan operasi sistem rel negara serta mengurangkan kebergantungan terhadap pengeluar peralatan asal (OEM) dari luar negara,” katanya.

 

Selain itu, perkembangan tersebut menyokong strategi kumpulan untuk menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan kitar hayat secara menyeluruh bagi rangkaian rel di Malaysia.

 

Pengarah urusan kumpulan, Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar berkata walaupun berdepan cabaran ekonomi dan ketidaktentuan global termasuk konflik di Timur Tengah, kumpulan terus mempergiat usaha bagi mendapatkan kontrak baharu.

 

“Destini kekal yakin terhadap prospek pertumbuhan syarikat dengan keupayaan untuk menukar peluang dalam saluran projek sedia ada kepada pendapatan serta keuntungan pada masa akan datang,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved