Destini, Siemens Mobility bekerjasama bangunkan keupayaan MRO rel digital di Malaysia

LocalTechnology
23 Sep 2026 • 6:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Destini, Siemens Mobility bekerjasama bangunkan keupayaan MRO rel digital di Malaysia Image from: Destini, Siemens Mobility bekerjasama bangunkan keupayaan MRO rel digital di Malaysia liza23/09/2026 - 18:59 Shahril Mokhtar Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Sept – M Rail Technics Sdn Bhd (Railtec), anak syarikat 70% milik Destini Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Siemens Mobility Sdn Bhd bagi meneroka kerjasama dalam membangunkan keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) rel secara digital di Malaysia.

 

Destini dalam satu kenyataan berkata, kerjasama selama dua tahun itu tidak bersifat mengikat dan akan memberi tumpuan kepada pembangunan Pusat Kawalan Kebolehpercayaan (Reliability Control Centre).

 

“Pusat berkenaan akan menyokong aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih aset rel berasaskan data yang membolehkan penggunaan maklumat secara lebih menyeluruh dalam aktiviti penyelenggaraan.

 

“Menerusi kerjasama itu, Railtec dan Siemens Mobility akan meneroka pendigitalan aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih melalui penggunaan peralatan digital, pelantar teknologi, automasi serta amalan penyelenggaraan berasaskan data,” katanya dalam kenyataan tersebut.

 

Kerjasama berkenaan turut merangkumi program latihan dan peningkatan kemahiran bagi tenaga kerja Railtec dalam bidang teknikal, operasi, digital dan penyelenggaraan.

 

Fokus pendigitalan dan pembangunan tenaga kerja

Selain pembangunan keupayaan digital, Siemens Mobility dan Railtec turut meneroka penyediaan khidmat nasihat serta sokongan teknikal berkaitan proses penyelenggaraan.

 

Skop kerjasama itu meliputi amalan operasi depoh, dokumentasi teknikal, peralatan serta spesifikasi sistem khusus yang berkaitan dengan aktiviti penyelenggaraan rel.

 

Menurut Destini, kerjasama tersebut menggabungkan kepakaran teknologi Siemens Mobility dengan pengalaman operasi tempatan yang dimiliki Railtec.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Destini, Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar berkata gabungan kepakaran kedua-dua pihak membolehkan Railtec menerajui peralihan ke arah perkhidmatan penyelenggaraan yang lebih pintar.

 

Beliau berkata, kerjasama itu bukan sahaja meningkatkan keupayaan syarikat dalam menyokong aset rel nasional, malah membantu pembangunan bakat tempatan dan daya tahan teknikal.

 

MOU berkuat kuasa serta-merta

“Kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan keupayaan kami untuk menyokong aset rel nasional, malah memupuk pembangunan bakat tempatan serta daya tahan teknikal selaras dengan matlamat infrastruktur pengangkutan negara,” katanya.

 

Menerusi MOU itu, kedua-dua pihak akan meneroka potensi penggunaan teknologi digital bagi membantu menjadikan aktiviti penyelenggaraan rel lebih berasaskan data.

 

Pendekatan berkenaan turut melibatkan penggunaan automasi dan pelantar digital dalam aktiviti penyelenggaraan, selain pembangunan kemahiran tenaga kerja Railtec. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved