Detik Cemas Abang Bomba Diterkam Beruang!

2 Feb 2023 • 3:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang anggota Bomba Bantuan (PBB) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan mengalami detik cemas apabila cedera pada pergelangan tangan kiri selepas diterkam seekor beruang di kawasan sawah di Kampung Selengkoh Tengah.

Ketua BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali, berkata Mohd Nizam Hamid, 27, kini dirawat di Hospital Yan akibat kecederaan serius.

"Beruang itu dipercayai datang dari kawasan semak kampung berhampiran.

"Operasi turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Yan serta penduduk kampung yang mengejar beruang itu dan cuba menangkapnya.

"Ketika dalam proses menangkap haiwan itu, Mohd Nizam dipercayai terjatuh dan ketika itu beruang hitam itu menerkam serta menggigitnya sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

image is not available

Namun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Kedah berjaya menangkap beruang matahari tersebut

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved