
Detik Cemas Payung Terjun Anggota Paskau Tak Terbuka
Detik-detik cemas dilalui oleh seorang anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) yang menyaksikan payung utamanya mengalami masalah tular di media sosial.
Memetik Sinar Harian, anggota itu sedang melakukan latihan bersepadu Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/23 di Kuantan baru-baru ini.
Video yang dipercayai dirakam orang awam itu memaparkan pendaratan yang dilakukan oleh anggota tersebut mengalami masalah apabila payung terjun yang digunakannya tidak terbuka.Ia berkemungkinan akibat masalah teknikal.
Bagaimanapun, anggota tersebut menggunakan payung terjun cadangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di lokasi, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, latihan bersepadu itu melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan menggabungkan elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menurut Sinar Harian, ia dikoordinasi oleh Markas Wilayah Udara 1 (Mawilud 1) sebagai hos. Tambahan lagi, latihan tersebut dilaksanakan di kawasan operasi latihan sekitar Kuantan, Gong Kedak (Terengganu), Mersing (Johor) dan Pulau Pangkor (Perak).
Seorang anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) menempuh detik cemas apabila payung utamanya mengalami masalah ketika latihan bersepadu Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini.
Detik mencemaskan itu tular menerusi media sosial setelah… pic.twitter.com/GplPrM5GDx
— SinarHarian (@SinarOnline) March 11, 2024
Sumber: Sinar Harian
The post Detik Cemas Payung Terjun Anggota Paskau Tak Terbuka appeared first on Siakap Keli.

