Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Venezuela, Orang Ramai Bertempiaran Lari

25 Jun 2026 • 10:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Venezuela, Orang Ramai Bertempiaran Lari

Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Venezuela, Orang Ramai Bertempiaran Lari

Gempa bumi yang berlaku di Venezuela pada Rabu mencetuskan panik dan kekecohan terutama bagi orang ramai yang berada di dalam bangunan.

Berlaku sebanyak dua kali, gempa 7.2 dan 7.5 magnitud itu menyaksikan beberapa bangunan mengalami runtuhan.

Seorang pekerja bank berusia 54 tahun, Odalis Escalona menceritakan kembali detik 'ngeri' ketika gampa itu di Caracas.

Menurutnya, tangga bangunan tertanggal, seluruh dinding retak dan barang-barang jatuh dari siling.

Baca juga:

Dalam pada itu, tular beberapa video yang memaparkan detik-detik ketika gempa kuat itu berlaku.

Menerusi satu video, orang ramai dilihat bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri ketika berada siren amaran diaktifkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Maiquetia.

Selain itu, satu lagi video yang tular menunjukkan orang ramai cemas dan keluar dari bangunan masing-masing.

Manakala, ada penduduk yang merakam detik-detik ketika bangunan runtuh menyembah bumi.

Susulan kejadian ini, pemimpin sementara Venezuela mengisytiharkan darurat dan memaksa penutupan lapangan terbang utamanya.

Memetik laporan AFP, infrastruktur di lapangan terbang itu mengalami kerosakan teruk selepas digegar gempa kuat itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved