

Detik Hiba Tahanan Diberi Peluang Peluk Anak Dalam Lokap Tular Di Media Sosial
Tular di media sosial Indonesia berkenaan satu video yang menunjukkan momen sedih seorang bapa yang dipenjarakan diberikan peluang untuk memeluk erat anaknya.
Perkongsian video itu telah dibuat oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @gondes8787 di akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video itu, pada awalnya dapat dilihat kanak-kanak kecil itu hanya memeluk ayahnya berlapiskan jeriji besi sel penjara tersebut.

Melihat perkara itu, anggota polis itu kemudiannya membuka sel penjara banduan tadi untuk memudahkan kanak-kanak perempuan itu melepaskan rindu kepada ayahnya.
Peluk anak dalam lokap
Usai pintu sel penjara dibuka, si ayah dengan pantas mendukung erat anak perempuannya itu sambil memberikan ciuman hangat di pipi.

Difahamkan, video bapa memeluk anak perempuannya itu berlaku di dalam ruangan tahanan polis di Jambi, Indonesia.
Memetik Tribun News, kejadian itu dilaporkan berlaku di balai Polis Maro Sebo, Jambi.
“Iya, itu berlaku di Polis Maro Sebo,” kata Ketua Polis Daerah Muaro Jambi, AKBP Muharman Artha.
Pegawai polis yang merakam video tersebut
Anggota yang membuka pintu sel tahanan tersebut merupakan anggota yang menjaga dan berkawal ketika kejadian itu berlaku. Malah video yang tular itu merupakan rakaman yang dibuat oleh anggota tersebut.
Anggota yang bernama Bripka Handoko telah disahkan sebagai pegawai polis yang menjaga sel tahanan oleh Kapolsek Maro Sebo, Iptu Wiwik Utomo.
Berdasarkan rakaman video itu lagi, kejadian itu dipercayai berlaku pada Jumaat lalu bersamaan dengan 24 Mac.
Tahanan itu didakwa telah terlibat dalam kes kecurian dan sedang didakwa mengikut Perkara 363 Kanun Jenayah (KUHP).
Suspek juga akan segera dibicarakan di Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat ini.
Sehingga setakat ini, video itu telah mendapat tontonan melebihi daripada 26 juta kali tontonan oleh pengguna media sosial TikTok.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mereka berkaitan dengan momen sedih tersebut.
BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Apa pun kesalahan si ayah, moga ada sinar kembali berubah demi anak-anak. Terima kasih sudah memberi ruang kepada si ayah dan anaknya tuan. Sebak saya,” tulis seorang netizen yang sebak.
“Tuan, kamu sangat baik. Terima kasih sudah memberi layanan yang baik kepada pesalah. Jangan pernah bosan menjadi baik. Allah dan malaikat akan sering melihat kebaikanmu,” tulis seorang lagi netizen yang memuji anggota polis yang baik berkenaan.
“Mata saya masuk habuk. Rindu seorang ayah kepada anaknya, jelas terlihat di raut wajahnya,” tulis seorang lagi netizen yang sedih melihat momen itu.
Suasana hiba apabila seorang banduan dibenarkan oleh anggota penjara untuk memeluk anaknya yang terhalang dari sebalik jeriji besi penjara tular di media sosial.
Video itu tular dan dirakam seorang anggota polis Jambi, Handoko, Indonesia.#VideoTular pic.twitter.com/rHgAZWgpUy
— SinarHarian (@SinarOnline) March 29, 2023
Sumber: TikTok, Tribun News
The post Detik Hiba Tahanan Diberi Peluang Peluk Anak Dalam Lokap Tular Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.


