Dewa 19 Satukan 4 Vokalis Di Konsert Jelajah 30 Tahun Di KL 

Music
18 Jul 2022 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan Icon Entertainment

Peminat kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19 kini boleh menarik nafas lega apabila kumpulan ini bakal kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan konsert sempena ulangtahun ke-30 penubuhan mereka.

Tanggal 10 September 2022 bakal menjadi tarikh keramat yang akan menyaksikan penyatuan peminat-peminat Dewa 19 di  Axiata Arena, Kuala Lumpur. 

Hadir dalam rangka Anniversary Tour - 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan jelajah mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

image is not available
Gambar ihsan Icon Entertainment

Slogan ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.

Ahmad Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

Kosnsert Dewa 19 di Malaysia dibawakan Icon Entertainment dan akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.

image is not available
Gambar ihsan Icon Entertainment

Turut dinantikan juga buat pertama kalinya, Dewa 19 turut menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas termasuklah Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello. 

Pastikan temujanji anda bersama Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 dengan pembelian tiket  bermula jam 11 pagi, 18 Julai 2022 di laman tiket rasmi:  https://www.ticket2u.com.my/dewa19 atau Hotline: 019-9919055 (whatsapp).

Tiket akan dibahagikan kepada empat kategori mengikut lagu-lagu popular mereka seperti Laskar Cinta, Dewi, Kangen, Roman Picisan Arjuna. Berikut adalah senarai harga tiket :

Laskar Cinta (standing)

Early bird: RM168

Full price: RM188

Dewi (level 4) 

Early bird: RM148

Full price: RM168

Kangen (level 3) 

Early bird: RM268

Full price: RM288

Roman Picisan (level 3)

Early bird: RM368

Full price: RM388

Arjuna (level 3) 

Early bird: RM468

Full price: RM488

Jumpa anda di sana. - Getaran, 18 Julai 2022

image is not available
Gambar ihsan Icon Entertainment