Dewan Negara lulus Belanjawan 2023

Politics
5 Apr 2023 • 6:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju.

RUU itu adalah untuk perbelanjaan berjumlah RM388.10 bilion iaitu RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion sebagai simpanan luar jangka.

Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Sebanyak 50 Ahli Dewan Negara telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang bermula pada 29 Mac lepas.

Sehari sebelum iu, Dewan Rakyat meluluskan RUU tersebut melalui undian suara majoriti.

RUU itu merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok- Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved