
KUALA LUMPUR - Cubaan pembangkang untuk menggagalkan usul agar Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, tidak kesampaian apabila undi belah bahagian tidak berpihak kepada mereka.
Usul dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said itu adalah susulan dakwaan Wan Ahmad Fayshal mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, berdasarkan undian, seramai ahli Parlimen 110 bersetuju dengan usul berkenaan, manakala 63 lagi tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.
AKAN MENYUSUL
