DEWI: Dana Ekonomi Usahawan Wanita Sehingga RM3 Juta

LocalBusiness & Finance
7 Mar 2026 • 5:20 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan Inisiatif Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI) yang boleh dipohon menerusi agensi di bawah KUSKOP yang terlibat.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai dana ini.

image is not available

Mengenai Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI)

DEWI merupakan inisiatif daripada KUSKOP yang telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Tujuan inisiatif ini diwujudkan adalah bagi memperkasa ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara selaras dengan misi “Hebatkan Perniagaan Malaysia.”

Inisiatif juga adalah bagi menyelaras dan menyatupadukan pelbagai program pembangunan usahawan wanita yang sebelum ini dilaksanakan secara berasingan.

Seramai kepada 200,000 hingga 300,000 usahawan wanita yang bakal menerima manfaat daripada agihan dana sepanjang tahun ini.

Jumlah Dana & Pembiayaan

Jumlah dana adalah sehingga RM3 bilion dan pembiayaan adalah sehingga RM3 juta.

Program Pembiayaan & Agensi Pelaksana

Terdapat 4 program pembiayaan melibatkan 4 agensi pelaksana iaitu:

ProgramAgensi PelaksanaPeruntukanJumlah PembiayaanTempoh Bayaran Balik
Skim Pembiayaan WanitaTekun NasionalRM20 jutaSehingga RM30,000Sehingga 3 tahun
BR BizLady-iBank RakyatRM30 jutaSehingga RM1 jutaPKS: Sehingga 7 tahun
Mikro: Sehingga 5 tahun
MySMELady 2.0SME BankRM50 jutaSehingga RM3 jutaSehingga 5 tahun
Skim Pembiayaan IkhtiarAmanah Ikhtiar MalaysiaRM2.7 bilionSehingga RM30,000Sehingga 150 minggu
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan dan cara-cara berikut:

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan DEWI?

DEWI merupakan pembiayaan kepada usahawan wanita bagi memperkasa ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara.

Berapakah pembiayaan yang ditawarkan?

Pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM3 juta.

Apakah program pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini?

Program pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini adalah:
– Skim Pembiayaan Wanita
– BR BizLady-i
– MySMELady 2.0
– Skim Pembiayaan Ikhtiar

Adakah dana ini khusus kepada usahawan wanita sahaja?

Ya. Dana ini khusus kepada usahawan wanita sahaja.

Bagaimanakah cara untuk memohon dana ini?

– Skim Pembiayaan Wanita: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan Tekun Nasional
– BR BizLady-i https://qr2e.bankrakyat.com.my/suite
– MySMELady 2.0: https://www.smebank.com.my/mysmelady
– Skim Pembiayaan Ikhtiar: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan AIM

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai DEWI, sila layari laman web:

Baca juga: Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2026