Di mana ada peluang kerja, di situ saya akan datang – Elica Paujin

Entertainment
30 Jul 2026 • 6:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Di mana ada peluang kerja, di situ saya akan datang – Elica Paujin

SHAH ALAM – Penyanyi Elica Paujin tidak pernah berasa sedih apabila masih wujud segelintir pihak terus membanding-bandingkan dirinya dengan rakan seperjuangan yang dikatakan lebih berjaya dalam dunia nyanyian.

Menurut Elica, 26, jadual kerjaya sentiasa padat terutama di Sabah namun kini bekerja keras untuk kembali merancakkan kembali aktiviti seni di Semenanjung Malaysia.

“Sebenarnya banyak (komen netizen) yang prihatin tentang keberadaan saya dan memahami perkara tersebut.

“Kita tidak boleh tutup mulut orang dan itu memang pandangan mereka. Emosi saya tak terjejas sangat sebab banyak kali nama diperkatakan dalam media sosial sebelum ini.

“Sekarang saya sedang bekerja keras untuk tebus kembali semua itu dan mahu mengembalikan Elica Paujin yang dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, baru-baru ini.

Tambah juara Big Stage musim keempat itu yang kini menetap di Sabah, dia akan tetap memenuhi undangan nyanyian di Kuala Lumpur (KL) ketika ini.

Dia bahkan tidak pernah membelakangkan peminat di Kuala Lumpur yang menyokong kerjayanya sejak dulu.

“Saya selalu juga ulang-alik Sabah dan Kuala Lumpur, cuma sekarang rezeki Elica lebih kepada di sana tetapi tidak bermaksud saya membelakangkan rezeki di KL.

“Di mana ada peluang kerja, di situ saya akan datang.

“Sebelum ini saya juga fokus sambung pengajian di Sabah dan sekarang semuanya sudah selesai. Sebab itu saya cakap sedang memperbetulkan semula keadaan,” jelasnya.

Dia bagaimanapun enggan orang ramai meletakkan harapan terlalu tinggi kepadanya selepas ini kerana bimbang kecewa sekiranya tidak mencapai tahap yang diingini.

“Jangan berharap terlalu tinggi, takut kalian kecewa sekali lagi.

“Perkara paling saya perlukan sekarang adalah sokongan dan semangat daripada peminat untuk terus bergerak ke hadapan,” ujarnya yang bakal melancarkan single baharu tidak lama lagi.

Sebelum ini, nama Elica kerap menjadi sebutan ramai dalam media sosial apabila dikatakan kurang popular berbanding beberapa rakan penyanyi yang juga bekas peserta Big Stage 4 iaitu Aisha Retno, Yasmin Aziz dan Daniel Chuer. – KOSMO! ONLINE

The post Di mana ada peluang kerja, di situ saya akan datang – Elica Paujin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved