Di mana Anisha Beth?

2 Dec 2024 • 5:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anisha Beth

NILAI - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak 25 November lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima maklumat kehilangan Anisha Beth pada 26 November lalu.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima satu laporan polis bersabit kes kehilangan seorang remaja perempuan pada jam 2.27 pagi.

"Kali terakhir dia dilihat di alamat Jalan PCH 20 Perdana College Height, Pajam Nilai jam lebih kurang 8 malam pada 25 November," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, remaja berkenaan berkulit sawo matang, berhidung mancung dengan ketinggian kira-kira 160 sentimeter serta berat dianggarkan 90 kilogram.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan gadis itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Syuhada Laftib di talian 017-9437584 atau berhubung dengan Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904389.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved