Di sebalik cahaya: Amanah Menjana Negara

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 3:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Di sebalik cahaya: Amanah Menjana Negara

DI sebalik limpahan cahaya moden yang menerangi kota dan desa, terdapat satu dunia tersembunyi yang jarang disaksikan oleh rakyat Malaysia.

Di pelosok bumi, jauh dari sinaran matahari, pasukan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan amanah besar untuk menguruskan nadi penjanaan hidroelektrik negara.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, cerita eksklusif ini membawa pembaca menelusuri kerja-kerja di sebalik tabir infrastruktur Skim Hidroelektrik Ulu Jelai dalam memastikan kestabilan tenaga negara terus terpelihara.

Di dalam terowong yang jauh dan gelap, kelibat pasukan teknikal hanya terlihat melalui cahaya lampu kecil. Menerusi cahaya ini, terdapat satu sisi mengenai penjanaan hidro yang jarang disaksikan melalui kerja dan infrastruktur yang tersembunyi tetapi memainkan peranan besar dalam sistem tenaga.

Image from: Di sebalik cahaya: Amanah Menjana Negara

Antara kejuruteraan utama Skim Hidroelektrik Ulu Jelai ialah Terowong Lencongan Telom sepanjang 8.5 km dan Lemoi 7.4 km, masing-masing berdiameter 3.5 meter.

Air dari kawasan tadahan bersebelahan disalurkan untuk dimanfaatkan bagi penjanaan elektrik. Dari sini perjalanan air menjadi tenaga bermula, tenaga yang akhirnya menyokong kehidupan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara.

Walaupun bayangan pasukan teknikal kelihatan amat kecil di tengah terowong yang luas dan berair, namun tugas yang dipikul sangat besar iaitu tanggungjawab memeriksa dan menjaga infrastruktur Skim Hidroelektrik Ulu Jelai agar sistem hidro itu terus beroperasi dengan cekap dan selamat.

Skala terowong itu memberi gambaran tentang kejuruteraan kompleks di sebalik penjanaan hidro.

Sistem terowong membantu mengurus dan menyalurkan sumber air sementara Stesen Janakuasa Ulu Jelai dengan kapasiti terpasang 372 MW menukarkan sumber tersebut kepada tenaga untuk sistem elektrik negara.

Infrastruktur itu mungkin jauh daripada pandangan tetapi manfaatnya dekat dengan kehidupan yang mendukung ikhtiar rakyat dalam mencari rezeki, memantapkan ekonomi dan meneruskan kemajuan Malaysia yang dibina sejak negara merdeka.

Berbekalkan lampu kepala dan peralatan pengukuran, pasukan teknikal memeriksa laluan berair di terowong Skim Hidroelektrik Ulu Jelai. Dalam ruang gelap dan basah, setiap bacaan dan pemerhatian dilakukan dengan teliti iaitu suatu kerja di belakang tabir yang menuntut kemahiran dan kecekalan.

Terowong menjadi antara nadi penting bagi menyalurkan air yang diperlukan untuk menjana elektrik. Daripada sumber air itu, Stesen Janakuasa Ulu Jelai berkapasiti 372 MW ini menghasilkan tenaga bagi menyokong keperluan sistem elektrik negara.
Image from: Di sebalik cahaya: Amanah Menjana Negara
Kerja yang sukar ini yang membantu memastikan aset terus berfungsi dengan baik supaya tenaga dapat terus menyokong kehidupan, pekerjaan dan kegiatan ekonomi rakyat Malaysia.

Berpandukan cahaya lampu suluh, pasukan teknikal menghampiri lantai terowong untuk memeriksa dan merekod keadaan aset di Skim Hidroelektrik Ulu Jelai.

Dalam persekitaran yang mencabar, tugas ini memerlukan fokus, pengalaman dan kepakaran bagi memastikan aset hidro terus beroperasi dengan cekap dan boleh dipercayai. Ketelitian menjaga aset ini penting kerana terowong merupakan sebahagian daripada sistem yang mengalihkan dan menyalurkan air untuk penjanaan elektrik.

Air yang dimanfaatkan melalui Skim Hidroelektrik Ulu Jelai ini menyokong operasi Stesen Janakuasa Ulu Jelai berkapasiti 372 MW, sekali gus menyokong kestabilan grid dan memenuhi keperluan elektrik ketika permintaan tinggi.

Daripada kerja penuh ketelitian di tempat yang jauh daripada pandangan, lahir manfaat yang dekat dengan rakyat berbentuk tenaga yang membantu keluarga, perniagaan dan negara untuk terus bergerak maju. – UTUSAN

The post Di sebalik cahaya: Amanah Menjana Negara appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved