Puluhan ribu penduduk termasuk 17,492 kanak-kanak terkorban di Gaza sejak konflik terbaharu tercetus 15 bulan lalu. Hospital dan kem pelarian menjadi sasaran bom. Wartawan dan petugas agensi bantuan menjadi korban perang.
Gencatan senjata hanya bermula 19 Januari selepas perang 7 Oktober 2023 memusnahkan segala-galanya. Serangan bertali arus rejim Israel memusnahkan 436,000 rumah. Kira-kira 90 peratus daripada lebih 2 juta penduduk hilang tempat tinggal.

Konflik terbaharu antara tragedi terburuk sejak penaklukan Israel pada 15 Mei 1948 yang mengakibatkan lebih sejuta orang terbunuh dan menjadi pelarian.
Selain proses damai, SOFIA NASIR dan HAFIZAN TAIB merakam kesengsaraan warga Gaza sejak lebih setahun lalu. Rakaman foto REUTERS.

BUTIRAN GENCATAN
FASA 1
- Enam minggu, gencatan senjata penuh
- Hamas bebas 33 tebusan
- Israel bebas 1,000 tahanan
- tentera Israel berundur dari Gaza
- penduduk kembali ke rumah
- bantuan kemanusiaan masuk setiap hari

FASA 2
- tentera Israel berundur sepenuhnya
- baki 250 tebusan termasuk tentera dibebaskan
FASA 3
- bina semula Gaza
- pulang mayat tebusan

PENGGERAK UTAMA
- Perdana Menteri Qatar Mohammed Abdulrahman Jassim al-Thani
- Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi
- Ketua Perisikan Mesir Hassan Rashad
- Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan
- Penyelaras AS di Timur Tengah dan Afrika Utara, Brett McGurk di Kaherah

PENDERITAAN
- 46,707 orang termasuk 17,492 kanak-kanak Palestin terkorban
- bilangan penduduk cedera cecah 109,660 orang manakala 11,160 hilang
- lebih 200 wartawan Palestin terbunuh termasuk tiga dari Lubnan
- 1,139 orang Israel maut manakala kira-kira 8,730 lagi cedera

PEMBUNUHAN TOKOH
- 3 Januari 2024: Timbalan Ketua Hamas Saleh al-Arouri meninggal dunia dalam serangan dron di Beirut
- 13 Julai 2024: Ketua Briged al-Qassam Mohammed Deif maut dalam serangan udara di selatan Gaza
- 31 Julai 2024: Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh terkorban di Tehran
- 27 September 2024: Setiausaha Agung Hezbollah Hassan Nasrallah maut dalam serangan udara di Beirut
- 16 Oktober 2024: Ketua Biro Politik Hamas Yahya Sinwar terkorban di Tal as-Sultan, Rafah

The post Di sebalik gencatan senjata, penduduk Palestin dihimpit derita perang appeared first on Selangorkini.


