“Dia Ada ‘Taste’ La..” – Rosé BP Didakwa Sering Ke New York Untuk Jumpa ‘Teman Lelaki’?

WorldEntertainment
23 May 2025 • 10:08 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tidak semena-mena, Rosé BLACKPINK dikatakan mempunyai hubungan dengan Evan Mock?

Baru-baru ini, timbul spekulasi menyatakan bahawa Rosé mungkin bercinta dengan model dan pelakon Evan Mock, yang pernah muncul dalam muzik video untuk lagunya “Toxic Till the End”.

Khususnya, khabar angin ini mula mendapat perhatian selepas wanita itu dilihat kerap ke New York, di mana tempat Evan Mock tinggal.

Tambahan pula, Rosé dipercayai tiada sebarang jadual khusus di situ, membuatkan ramai percaya lawatannya ke sana mungkin untuk hal peribadi termasuklah berjumpa dengan lelaki tersebut.

Malahan, ini juga bukan kali pertama mereka berdua terpalit dengan khabar angin percintaan kerana sebelum ini, Rosé dan Evan Mock juga sudah beberapa kali dilihat meluangkan waktu bersama.

Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai dakwaan berkenaan dan mungkin hanya spekulasi yang dibuat netizen semata-mata.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.