“Dia Ambil Kesempatan & Perdaya Pengikut Di Asia Selatan” – Kerajaan Maghribi Sahkan ‘Mawla Amin’ Bukan Warganegara

28 Feb 2024 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lelaki bernama Mawla Amin yang mendakwa dirinya adalah warga Maghribi dan merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW menjadi perhatian ramai selepas ‘kantoi’ semuanya.

Kerajaan Maghribi sahkan bukan warganegara

Difahamkan dari satu laporan berita, Kerajaan Maghribi mengesahkan Mawla bukanlah warganegaranya dan pengesahan itu dibuat pada September tahun lalu.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Kedutaan Malaysia dan menjelaskan Mawla Amin dilahirkan dengan nama Habis Mohamed Amin Ben Sayed Al Idrissi El Hassani serta memegang dwikenegaraan, Perancis dan Algeria.

Pihak berkuasa agama Maghribi tak sokong

Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa agama Maghribi turut memberitahu mereka tidak menyokong akitiviti keagamaan atau ajaran yang dibawa oleh lelaki berkenaan.

Dia cuba mengambil kesempatan daripada reputasi sufi dan ulama di Rabat untuk memperdaya pengikutnya di Asia Selatan.

Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiataan individu bernama Mawla Amin yang mendakwa dirinya warganegara Maghribi serta mengaku mempunyai jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

image is not available 1 year ago

“Scammer Dari Morocco” - Mengaku Cicit Nabi, Lelaki Ini Didakwa Pernah Terlibat Dalam Aktiviti Penipuan Duit