“Dia Balik Pagi Meraung Macam Orang Gila” – Suami Didakwa Panik Lepas Bertaruh Talak 3 Kalau Argentina Kalah

LocalFootball
20 Jul 2026 • 2:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial satu perkongsian memaparkan seorang wanita mendakwa suaminya menjadikan rumah tangga mereka sebagai bahan pertaruhan gara-gara perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, wanita berkenaan mendakwa suaminya bertaruh dengan rakan-rakan bahawa dia akan menceraikannya dengan talak 3 sekiranya Argentina kalah kepada Sepanyol.

“Talak bawa main, jantan bodoh”

Dalam mesej tersebut, wanita itu kelihatan panik dan meminta pandangan selepas mengetahui perkara sebenar daripada suaminya.

Wanita itu turut mendakwa suaminya pulang pada waktu pagi dalam keadaan meraung selepas menyedari pertaruhan tersebut bukan perkara kecil.

talak

Individu yang menerima mesej itu kemudian menasihati wanita berkenaan supaya tidak membuat keputusan sendiri dan segera merujuk kepada pihak yang lebih arif.

Katanya, isu melibatkan talak bukan perkara yang boleh dibuat main kerana ia berkait dengan hukum dan status rumah tangga.

Respon PU Rahmat

pu rahmat

Dia turut menenangkan wanita tersebut dan menyarankan agar mendapatkan penjelasan terus daripada pihak berautoriti.

Rata-rata netizen turut mengecam sikap menjadikan lafaz cerai sebagai bahan pertaruhan, lebih-lebih lagi hanya kerana keputusan perlawanan bola sepak.

Ramai berpendapat, bergurau atau bertaruh menggunakan talak bukan perkara biasa kerana ia boleh memberi kesan besar kepada isteri, keluarga dan masa depan rumah tangga.

The post “Dia Balik Pagi Meraung Macam Orang Gila” – Suami Didakwa Panik Lepas Bertaruh Talak 3 Kalau Argentina Kalah appeared first on Oh! Media.
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved