“Dia Banyak Sebut ‘Ayah'” – Hyunbin Kongsi Sering Habiskan Masa Dengan Anak Bila Tiada Penggambaran

WorldEntertainment
19 Dec 2024 • 12:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sukanya tengok keluarga bahagia Hyun-bin dan Son Ye-jin ni!

Baru-baru ini, Hyun-bin telah muncul sebagai tetamu menerusi program “You Quiz on the Block” bagi mempromosikan filem barunya iaitu “Harbin” dan juga bercerita tentang keluarganya.

Dalam siaran itu, Hyun-bin berkongsi bahawa dia cuba meluangkan waktu sebanyak mungkin bersama anaknya ketika dia tidak menjalani sebarang penggambaran. Luahnya,

Kami biasanya pergi berjalan-jalan di luar dan ke taman permainan. Apabila kami bermain di rumah, saya akan melakukan segala-galanya. Saya juga bacakannya buku cerita tetapi saya rasa isteri saya melakukan hal itu lebih baik dari saya.

image is not available

Apabila ditanya sekiranya anak lelaki sulungnya itu mempunyai frasa kegemaran sekarang, Hyun-bin menjawab,

Dia banyak sebut ‘ayah’. Dia suka apa sahaja yang ada roda terutamanya motosikal. Apabila kami berjalan-jalan dengan isteri saya, dia menyapa semua pemandu penghantaran barang yang dia nampak.

Anaknya mesti comel macam mak ayah dia kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.