“Dia Baru 25 Tahun, Student”, Akui Perkahwinan Punca Kekecohan, DDNK Mohon Netizen Berhenti Kecam Isteri

Entertainment
14 Sep 2022 • 11:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan yang baru saja menamatkan zaman dudanya apabila berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari telah mendapat komen negatif dari netizen.

Malam tadi, Caprice memuat naik satu reels di Instagram yang menunjukkan dia berjumpa dengan pasangan itu.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Ernie berasa sangat kecewa kerana dituduh sebagai perampas sambil baling bantal. Walaubagaimanapun, video berkenaan telahpun dipadam.

Terbaru! Caprice muat naik satu lagi reels menunjukkan DDNK yang duduk berseorang dihadapan kamera sambil memohon maaf kepada netizen.

Saya nak ucapkan terima kasih terhadap komen-komen positif dan negatif tentang majlis perkahwinan saya. 

Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku dan saya mohon kepada warga netizen untuk beri sedikit ruang kepada isteri saya supaya tidak dikecam.

DDNK juga sempat memohon orang ramai mendoakan perkahwinannga bersama Ernie lebih berbahagia dan tenang. 

Yang dah lepas, biarlah lepas. Apapun, senoga berbahagia lah ya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.