Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh pihak berkuasa untuk tarikan pengunjung di dalam dan luar negara menikmati pemandangan sekitar.
Antara kemudahan yang disediakan adalah basikal, beca, e-skuter, dan banyak lagi. Kemudahan ini hanya boleh dilalui di kawasan tertentu sahaja.
Bagaimanapun, tindakan pelancong asing yang cuba melawan peraturan ini dikecam ramai.
Satu rakaman video tular memaparkan dua individu pelancong asing didapati menaiki skuter elektrik di tengah-tengah kesibukan jalan raya.
Lebih mengundang padah apabila mereka berada di tengah-tengah jalan raya, bukan di tepi jalan raya.

Bagaikan rasa tidak bersalah dan tanpa memikirkan soal keselamatan serta bahaya, wanita di belakang lelaki berkenaan pula sempat merakam pemandangan di sekelilingnya.
Kedengaran hon dibunyikan, lelaki berkenaan kemudiannya menyusur ke laluan kiri.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan dua pelancong berkenaan dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sumber: Nikhael Neil
The post ‘Dia bawak perangai kampung dia datang sini’ – Pelancong asing dikecam tunggang e-skuter di tengah jalan raya appeared first on The Reporter.

