“Dia Buat Macam Land Rover” – Lelaki Warga Asing Termenung, Kereta Disewa Tersangkut Di Pantai Port Dickson [Video]

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 4:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Berbicara tentang lokasi untuk ‘healing’, sesetengah individu akan memilih pantai sebagai tempat menenangkan diri. Ada pula angin sepoi-sepoi bahasa, lagi syok!

Sambil-sambil ‘healing’ di tepi pantai, perhatikan juga pergerakan air laut terutamanya mereka yang mahu berkhemah di sana.

Ini kerana air laut ada waktu pasang serta surutnya. Jangan terkejut kalau tiba-tiba korang tengok parasnya berbeza pada waktu pagi dan malam.


Kereta Sewa Tersangkut Dalam Pasir Selepas Ditenggelami Air Laut

Ketika sedang seronok layan bunyi ombak tepi pantai, situasi yang berlaku kepada seorang lelaki ini mendapat perhatian selepas satu video dimuat naik di laman TikTok (@alexey.brock).

Dalam video tersebut, seorang lelaki warga Pakistan berdepan detik cemas apabila kereta sewanya itu separa tenggelam selepas terdampar di persisiran pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemilik video kemudiannya berjumpa dengan penyewa itu sebelum mengetahui bahawa kereta Chevrolet itu bernombor pendaftaran Singapura dan dimiliki oleh individu dari negara republik berkenaan.

image is not available
Sumber: TikTok @alexey.brock

Mesti korang pun pelik macam mana kereta berkenaan boleh terdampar tepi pantai kan?

Menurut lelaki itu, kawasan itu belum dinaiki air semasa dia sedang memandu. Namun secara tiba-tiba pasir pantai mula basah akibat air laut yang naik tinggi secara mengejut.

“Saya bawa kereta perlahan je. Tiba-tiba pasir pantai mula basah dan air laut mula mendekati kereta. Waktu saya memandu, air laut tak dekat dengan saya. Tiba-tiba air naik mengejut,” ujar penyewa kereta tersebut.

Pemilik video yang dikenali sebagai Alexec memberitahu ketika dia kembali ke lokasi sama pada waktu malam, kereta tersebut sudah tidak lagi kelihatan.

@alexey.brock

🇲🇾😅Stuck in Port Dickson.. Came back to the same place at night, the car was gone. Towed or into the unknown – we shall not know🌊

♬ original sound – Alexey.brock – Alexey.brock


Ramai Terkejut Tengok Gelagat Kereta Tersadai Tepi Pantai

Menjengah ke ruangan komen video, ramai netizen tertanya namun terhibur melihat bagaimana kereta berkenaan boleh terperangkap di tepi pantai sambil dikelilingi air laut.

“Aduh, kereta pun nak bersiap-siap di gigi pantai,” kata pengguna media sosial.

Aksi itu secara tidak langsung membuat pengguna TikTok juga bingung kerana seolah-olah tidak percaya kereta sedan biasa itu berada di kawasan persisiran pantai.

“Bijak sangat. 4×4 pun tak lepas kalau masuk pasir pantai. Fizik bro,” ujar netizen.

Selain itu, ada juga individu yang sempat berseloroh kononnya pemandu itu mahu pulang ke Singapura mengikut jalan laut bagi mengelakkan dari perlu bersesak di jalan darat.

“Nak balik Singapura ikut laut tu sebab jalan darat sesak,” gurau netizen.

image is not available
Sumber: TikTok


Kejadian Sama Pernah Berlaku Di Lokasi Berbeza

Sebelum ini, situasi hampir sama telah terjadi kepada seorang pemilik Myvi apabila kereta dipercayai terkandas di tengah laut berhampiran Pantai Sentosa, Sekinchan, Selangor.

Difahamkan, ia berlaku semasa individu berkenaan memarkir kenderaan di lokasi itu untuk mengutip siput lala bunga ketika air laut sedang surut.

image is not available
Sumber: Facebok Balai Polis Kuala Sedili

Namun secara tiba-tiba air laut mula pasang secara mengejut dan menyebabkan kereta Myvi itu tersangkut di lokasi berkenaan.

View Original Article