“Dia Bukan Ada Sorang Lelaki Je..” – Cinta Song Jihyo & Kim Jongkook Diramal Bakal Jadi Realiti

Music
29 Jan 2024 • 10:54 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kuat betul jodoh Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook nampaknya!

Dalam episod “Running Man” pada minggu ini, para ahli telah menyambut kepulangan Ji Suk-jin yang berehat selama 5 minggu sebelum ini atas masalah kesihatan. Untuk episod kali ini, mereka telah menjalani ramalan tahun 2024 selain mengukur kesihatan masing-masing.

Semasa ramalan nasib mengenai Kim Jong-kook, kata peramal nasib itu,

Seseorang yang boleh membantu dan menyokongnya adalah Song Ji-hyo.

Pun begitu, Yoo Jae-suk sempat mengusik mengatakan wajah Song Ji-hyo kelihatan sedikit redup selepas mendengarkan ramalan itu.

image is not available

Mendengarkan pendedahan itu, rata-rata ahli “Running Man” menunjukkan reaksi terkejut. Tambahnya,

Kedua-dua kombinasi mereka adalah tersangat kuat.

Ketika sesi menilik nasib Song Ji-hyo pula, wanita itu bertanya soal perkahwinan, jawab penilik itu hingga membuatkan dia terkesima,

Song Ji-hyo tak ada kencenderungan untuk melangsungkan hidup dengan seorang lelaki sahaja.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.