“Dia Bukan Berubah” – Aeril Zafrel Pertahankan Wawa Zainal, Akui Tak Perasan Aurat Terdedah

Entertainment
26 Oct 2022 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari lalu, nama selebriti Wawa Zainal menjadi bualan warganet apabila terdapat satu video yang dimuat naik menampakkan auratnya di bahagian leher serta telinga.

Sedar dirinya dikecam, Wawa tampil perjelaskan hal sebenar bahawa rakaman tersebut sememangnya tidak dirancang dan tidak perasan aurat sudah terdedah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Tambahannya lagi, dia terima segala teguran daripada para netizen mengenai isu itu dan akan cuba untuk perbaiki diri dengan lebih baik di masa akan datang.

Dalam pada masa yang sama, suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Aeril Zafrel tampil pertahankan Wawa dan mengatakan isterinya sama sekali tidak berubah.

Dia tak perasan waktu menari itu ada nampak telinga. Dia bukan berubah tapi tidak perasan.

Sekadar info, melalui laporan mStar, Wawa telah mengeluarkan sebanyak 80,000 Wawa Lip Tint atas permintaan ramai dan untuk edisi kali ini, terdapat dua warna dihasilkan iaitu peach serta epal.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

'Upload' Video Bersama Anak, Netizen Kecewa Tengok Gaya Tudung Wawa Zainal - "Makin Buka Sikit Demi Sikit Aurat""