“Dia cuma ada RM500..”- Saidah dedah punca putus tunang, Muntazar Ghufran belum layak kahwin

LocalEntertainment
3 Jun 2025 • 9:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Saidah Kamarudin mengesahkan bahawa punca pertunangannya bersama aktor Muntazar Gufran terlerai adalah disebabkan masalah kewangan.

Menurut Saidah, 29, keputusan untuk berpisah dibuat selepas mendapati bekas tunangnya itu tidak bersedia dari segi kewangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Ya betul, kami putus tunang adalah sebab Muntazar tidak ada duit. Saya pernah jumpa dia menangis-nangis sebab tidak mahu teruskan hubungan ini,” katanya kepada mStar.

image is not available

Dedahnya lagi, Muntazar hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja dalam akaun bank miliknya ketika mereka merancang untuk berkahwin.

“Dia cuma ada RM500 sahaja dalam akaunnya. Macam mana mahu jaga anak orang kalau ada itu sahaja? Awak (Muntazar) cuma ada duit untuk sara hidup sendiri sahaja,”ujar Saidah.

image is not available

Saidah dedah punca putus tunang dengan Muntazar Ghufran

Jelasnya lagi, dia menyarankan agar Muntazar memberi tumpuan kepada masa depannya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

“Awak tidak patut kahwin, awak perlu cari kerja ataupun sambung belajar,”katanya lagi.

image is not available

Saidah sebelum ini enggan mengulas lanjut berhubung perpisahan mereka, namun tampil bersuara selepas pelbagai spekulasi timbul dalam kalangan peminat.

Sumber: FB mStar Online