Pelakon Alif Hadi mendedahkan dia lebih mudah menjiwai watak Rashid dalam drama Ikatan Terlarang kerana pernah melalui pengalaman dicurangi dalam hubungan sebelum ini.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdul Hadi, pengalaman tersebut membantunya memahami emosi serta konflik yang dilalui oleh watak berkenaan.
AdvertisementView this post on Instagram
“Sejujurnya, watak Rashid ini saya pernah lalui. Jadi, saya tahu macam mana dia rasa. Benda itu (kecurangan) jadi kat saya dulu.”
“Saya ada satu alter ego yang macam ‘sebenarnya ini aku nak buat tapi aku tak boleh sebab bukan dibesarkan dengan cara begitu’.”
“Jadi watak Rashid itu adalah apa yang saya betul-betul nak luahkan. Bila kena curang dan individu itu curang dengan suami orang.”
“Itulah, karakter ini macam ada kejujuran, nampak Rashid ada, Alif Hadi pun ada. Saya memang rasa apa yang Rashid rasakan,” katanya kepada Gempak.
Alif berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual bersama barisan pelakon Ikatan Terlarang yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu menjelaskan kenyataannya mengenai pengalaman dicurangi bukan bertujuan mengaitkan mana-mana individu tertentu.
Sebaliknya, Alif berkata dia hanya mahu berkongsi persamaan yang dirasainya antara pengalaman peribadi dengan watak Rashid yang dilakonkan.
“Saya tak sebut nama sesiapa. Saya pun dah nak masuk 40 tahun, takkan seorang saja (bekas kekasih). Saya hanya berkongsi pengalaman tentang bagaimana hubungan saya dengan watak Rashid itu.”
“Selebihnya saya rasa ia pilih orang untuk berdebat. Tapi saya takkan masuk campur. Sebabnya saya hanya berkongsi mengenai watak saja,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dah Lama Dah.." - Vanidah Imran Mohon Doa, Nak Istiqamah Dalam Berhijab
The post “Dia Curang Dengan Suami Orang..” – Alif Hadi Akui Watak Rashid Dekat Dengan Kisah Hidupnya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

