“Dia Dah Pulangkan Dekat Saya, Chill Okay” – Isteri Jawab Dakwaan Remy Ishak Pakai ‘Cincin Hidung’ Sebab Nak Publisiti

LocalEntertainment
22 Aug 2024 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada aktor Remy Ishak, Ezza Yusof dilihat menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan suaminya itu kini mencari publisiti gara-gara menggayakan cincin hidung di sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Ujar Ezza, Remy kini sangat sibuk memenuhi undangan kerja sekaligus membuatkan mereka bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T.

image is not available

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ni nak dapat cuti kerja. Bezanya suami saya ni susah nak kongsikan di media sosial.

Selorohnya lagi, Ezza mengatakan Remy sudah memulangkan kembali cincin hidung yang dipinjam daripadanya.

Cincin tu dia dah pulangkan dekat saya, chill okay.

Dia dalam pada itu sempat menitipkan doa kepada individu yang meninggalkan komen kecaman agar dipermudahkan urusan sentiasa.

Sekadar info, Remy dan Ezza selamat bernikah pada 21 Ogos 2021 selepas 7 tahun bercinta. Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam yang kini berusia setahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available


2 days ago

"Kami Selalu Berhubung, Tiada Masalah Pun" - Syada Akui Rindu Shila Amzah, Dah Setahun Tak Bertemu