“Dia Dalam Kesakitan” – Adik Dakwa Sikap Aliff Aziz Disebabkan Trauma

Entertainment
14 May 2024 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aisyaah aziz

Penyanyi Aisyaah Aziz mengaku tak dapat mengawal emosi selepas membaca perkongsian daripada Didi Astillah mengenai abangnya.

Tanpa menyebut nama, Aisyaah berkata ada pihak ‘obses’ mahu nampak baik sedangkan masing-masing melakukan kesalahan.

Selepas perkongsian itu, Aisyaah ada memohon maaf dan menjelaskan dia tidak berhak bersuara kerana abangnya adalah punca kepada semua kekecohan ini.

Namun, Aisyaah berkata abangnya juga dalam kesakitan dan memerlukan pertolongan. Tulis Aisyaah lagi, seseorang yang sudah pulih dari trauma tidak mungkin melakukan kesalahan sama yang pernah dilakukan sebelum ini.

image is not available

Aisyaah juga mendakwa abangnya, Aliff Aziz pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah. Gara-gara menjadi mangsa buli, Aliff berkelakuan seperti itu dan memaklumkan abangnya itu masih dalam proses pemulihan.

Penyanyi ini berharap orang ramai dapat mendoakan Aliff supaya segera sembuh.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.