“Dia Diherdik Tanpa Sebab!” – Dilayan Penuh Dendam Sebelum Meninggal Dunia, Tun M Sedih Dengan Pemergian Tun Daim

LocalPolitics
14 Nov 2024 • 9:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan khabar berita sedih susulan pemergian bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim di usia 86 tahun.

Susulan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir meluahkan rasa sedih yang amat atas permegian sahabatnya itu.

image is not available

Dalam pada itu, Tun M sempat meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa arwah sahabatnya dilayan dengan penuh dendam sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab! Kerana dendam. Inikah balasan yang menimpa kerana dendam.

image is not available

Di akhir hantaran yang dibuat di Facebook itu, Tun M sempat mendoakan agar Allah SWT mengadili Tun Daim berasaskan keadilan serta memohon arwah ditempatkan ketika hari akhirat bersama pejuang bangsa lain.

image is not available 11 months ago

Menara Ilham Milik Keluarga Tun Daim Disita SPRM, Didakwa Terlibat Kes Penyelewengan Dana Negara