“Dia Duduk Diam, Tenung Je” – Tak Akan Sentuh Tuan Nak Ke Masjid, ‘Bosco’ Si Anjing Bijak & Manja

Entertainment
18 Jan 2024 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, anjing merupakan haiwan yang bijak dan lebih mematuhi arahan jika hendak dibandingkan dengan kucing.

Bijak dan manja

Melalui laman TikTok baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor anjing bernama Bosco yang sangat bijak dalam setiap pergerakannya serta mempunyai sifat yang manja.

Dalam video tersebut menjelaskan Bosco tidak akan mendekati jika salah seorang daripada mereka mahu menunaikan solat dan pilih hanya untuk merenung sahaja.

Kata individu yang memuat naik video itu lagi, renungan Bosco bukanlah jelingan sebaliknya hanya melihat pergerakan setiap individu.

Tak boleh berjauhan dengan tuannya

Bukan saja bijak, malah difahamkan Bosco juga mempunyai sifat yang manja, di mana dia tidak boleh duduk berjauhan dengan tuannya.

Bosco merupakan seekor anjing yang memerlukan teman serta suka berinteraksi dengan manusia berbanding diperlukan untuk jadi pengawal di sesuatu tempat.

Penyambut tetamu yang bagus!

Sebagai penyambut tetamu, Bosco dikatakan menjalankan ‘tugas’ dengan sangat baik dan akan menghulurkan kakinya sebagai tanda mahu bersalaman.

image is not available 7 months ago

(VIDEO) Padah Digigit Anjing Liar, Kanak-Kanak Diserang Jangkitan 'Rabies' Raih Simpati Ramai