“Dia extend rumah kenapa?” – Nota Penyewa Rumah Flat Minta Kereta Parkir Jauh Dari Pagar Rumah Undang Kecaman [Video]

6 Apr 2023 • 11:17 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak kebelakangan ini, isu rumah flat yang melakukan pengubah suaian melampau kerap dibangkitkan di media sosial.

Manakan tidak, renovasi melampau di bahagian luar rumah itu sebenarnya salah dan menganggu serta menyusahkan penduduk flat yang lain.

Rumah flat letak nota di pintu pagar yang diubah suai

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah rumah flat meletakkan sekeping nota pesanan di pintu pagar yang diubah suai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @norizabintihamin, kelihatan sekeping nota bertulis “Mohon jarakkan kereta dari pintu untuk elak calar terima kasih” diselitkan di pintu pagar.

Tujuan nota supaya kereta tidak ‘parking’ terlalu rapat dengan pintu pagar

Difahamkan, nota itu bertujuan agar penduduk yang ingin meletakkan kenderaan di kawasan tersebut tidak memarkir kereta terlalu rapat dengan pintu pagar yang diubah suai berkenaan.

“Risau parking kereta kat situ, bersangka baik sajalah. Dia lupa yang dia duduk rumah flat,” tulisnya dalam video.

Menurut pemilik video, dia mengatakan nota tersebut bukanlah diletakkan oleh pemilik rumah flat berkenaan, sebaliknya ia dibuat oleh penyewa kediaman itu.

Ramai kecam tindakan ubah suai dan letak nota

Perkongsian video tular tersebut ternyata mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan meletakkan nota dan pengubahsuaian yang dilakukan itu.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga meminta pemilik video untuk melakukan aduan kepada pihak berwajib agar tindakan dikenakan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Source:

View Original Article