Dia gebu dan comel tapi dia lelaki – Ayda Jebat

Family & Parenting
26 Oct 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dia gebu dan comel tapi dia lelaki – Ayda Jebat

PETALING JAYA – Gara-gara berwajah comel dan berkulit putih gebu, penyanyi Ayda Jebat mengakui anak keduanya kerap mencetuskan salah faham orang ramai apabila disangka kanak-kanak perempuan.

Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 34, berkata walaupun sudah memotong rambut pendek buat puteranya, Aali Mateen namun orang ramai masih keliru dengan jantina anaknya.

“Ingat bila sudah potong rambut adik orang tahu dia lelaki. Rupa-rupanya masih ada yang ingat dia perempuan.

“Nama dia Ali Mateen, anak kedua saya. Dia bukan Nayla atau budak perempuan.

“Cuma dia gebu dan comel tapi dia lelaki,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelantun lagu Pencuri Hati itu memberitahu warna kulit anaknya sememangnya cerah walaupun sudah bermain di bawah sinaran matahari seperti kanak-kanak lain.

“Main saja panas, tapi kulit dia jenis memang putih sangat.

“Tetapi lelaki kan ada yang kulit putih dan gelap, okey sahaja.

“Samalah perempuan pun, ada yang macam-macam jenis kulit. Takkan lelaki je kena gelap, perempuan kena putih.

Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla. – KOSMO! ONLINE

The post Dia gebu dan comel tapi dia lelaki – Ayda Jebat appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved