“Dia Hilang Tanpa Berita, Tak Bagitahu Alamat” – Peguam Dedah Afiq Muiz Gantung Isteri Tak Bertali Sejak 2021

29 Mar 2023 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pelakon lelaki, Afiq Muiz hari ini telah ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari untuk membuat permohonan tuntutan fasakh.

Pachara Apin atau Nur Aaira Mahdeya, 32 tahun telah hadir ke mahkamah berseorangan pada jam 10.58 pagi dengan memakai jubah hitam dan pelitup muka.

image is not available

Ketika ditemu bual, Pachara mendedahkan dia pernah membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 dan mendakwa telah ditampar Afiq di bahagian muka sebanyak lima kali.

Aktor itu juga didakwa menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali. Pachara berkata bahawa suaminya itu langsung tidak memberi kerjasama berkaitan prosedur mahkamah.

Peguam Syarie yang mewakili Pachara, Suriati Ab Ghani berkata pihaknya telah memfailkan cerai secara baik pada Ogos tahun lalu namun Afiq tidak dapat dikesan.

Malah, aktor tersebut didakwa sudah tidak memberi nafkah dan menggantung isterinya tanpa tali sejak Julai 2021. Dia dikatakan menghilangkan diri tanpa memberikan alamat rumahnya.

Difahamkan, perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 6 April ini di mana Pachara akan hadir bersama dengan saksi bagi sebutan semula kes terbabit.

Makin ramai pula kes mahkamah membabitkan pasangan selebriti ye. Moga semua urusan dipermudah…

image is not available 1 hari lalu

"Bukan Masalah Berlarutan, Cuma Terkantoi Baru-Baru Ini" - Farid Kamil Dakwa Diana Minta Cerai Kerana Orang Ketiga